Sunday, April 11, 2010

Pengalaman sebagai 'ID Student'

Apa itu rekabentuk dalaman???? Pada pendapatku, ID (rekabentuk dalaman) merupakan bidang profesional yang memerlukan pemikiran kreatif dan kritis untuk dalam menghasilkan produk.. Manakala perekabentuk dalaman merupakan individu yang bertanggungjawab menghasilkan produk..

Selain itu..........

SUSTAINABLE ialah usaha berterusan untuk memelihara alam sekitar.. Untuk mewujudkan 'sustainable', 6 elemen penting adalah:
  • NIAT
  • LAKU
  • HASIL
  • AKTOR
  • ATURAN
  • TAPAK
Bagaimana?????
NIAT untuk mewujudkan 'sustainable' merupakan perkara utama yang datang dari HATI.. Tanpa NIAT, tidak ada sebarang pekerjaan yang boleh dilakukan.. Seterusnya, NIAT harus diikuti oleh LAKU iaitu perbuatan untuk merealisasikannya yang dilaksanakan oleh AKTOR..
AKTOR pula harus mengikuti ATURAN yang telah ditetapkan bagi menjayakan NIAT.. PRODUK (HASIL) dapat dinikmati apabila segala undang-undang diikuti.. HASIL tersebut harus ditempatkan di TAPAK yang sesuai dengan fungsinya..

MASYARAKAT LESTARI
  • Masyarakat yang mengamalkan cara hidup lestari seperti amalan kitar semula.. Untuk mencapai masyarakat lestari, masyarakat perlu mengubah kehidupan beragama dengan kembali kepada ajaran asal.. Contohnya, agama Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis.. Masyarakat sekarang haruslah menjadikan kedua-dua sumber tersebut sebagai amalan hidup bagi mengelakkan diri diibarat seperti masyarakat jahiliah dan sekaligus dalam usaha membentuk masyarakat lestari.. Masyarakat juga perlu mengubah sikap buruk mereka seperti penindasan dan kekejaman..
EKONOMI LESTARI
  • Ekonomi berasaskan sumber alam.. Manusia perlu mengeksploitasi sumber alam yang ada di muka bumi ini seperti tenaga angin dengan menggunakan keupayaan teknologi..

No comments:

Post a Comment